Minneapolis bayar AS$27 juta kepada keluarga George Floyd


KELUARGA George Floyd, lelaki kulit hitam yang mati ketika ditangkap oleh pegawai polis kulit putih di Minneapolis, memperoleh penyelesaian bernilai AS$27 juta dengan bandar Minnesota, kata peguam keluarga itu pada Jumaat.

Ia adalah “penyelesaian pra-perbicaraan terbesar kes kematian hak sivil dalam sejarah AS,” kata peguam dalam satu kenyataan.

Pegawai polis Minneapolis Derek Chauvin kini dalam perbicaraan menghadapi tuduhan bunuh dan pembunuhan berkaitan kematian Floyd pada 25 Mei 2020, yang dirakam dalam video oleh orang awam dan dilihat di seluruh dunia.

Tiga pegawai polis lain juga menghadapi pertuduhan.

“Kematian mengerikan George Floyd, yang disaksikan oleh jutaan orang di seluruh dunia, mencetus tuntutan untuk keadilan dan perubahan,” kata Ben Crump, peguam keluarga Floyd.

Ia diharap menjadi mesej jelas kepada bahawa nyawa orang kulit hitam juga penting dan kekejaman polis terhadap kaum itu perlu ditamatkan, katanya.

Penyelesaian itu diperoleh susulan saman persekutuan keluarga Floyd yang difailkan pada Julai terhadap bandar Minneapolis.

Saudara lelaki Floyd Rodney berkata perjanjian itu adalah “langkah yang perlu bagi kita semua untuk mendapat penutupan.”

“Waris George bagi mereka yang mencintainya akan selalu menjadi semangat optimisnya agar segala sesuatu boleh menjadi lebih baik, dan kami berharap perjanjian ini dapat melakukannya,” katanya. – AFP, 13 Mac, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen