Musuh cuba musnahkan Iran, kata Khamenei


“Musuh sentiasa mencari peluang dan ruang untuk menyelinap masuk dan menyerang negara Iran,” kata Ayatollah Ali Khamenei hari ini pada perjumpaan dengan balu dan keluarga anggota keselamatan yang terbunuh dalam pelbagai krisis melanda negara itu. – Gambar AFP, 2 Januari, 2018.

PEMIMPIN Ulung Iran, Ayatollah Ali Khamenei berkata “musuh” Iran mendalangi plot untuk masuk campur dan rejim itu menjadi sasarannya dalam ucapannya pada Selasa selepas beberapa hari berdiam diri ketika rusuhan berlaku di seluruh negara itu.

“Dalam kejadian yang berlalu kebelakangan ini, musuh sudah bersatu dan menggunakan semua cara, wang, senjata, dasar dan perkhidmatan risikan untuk buat masalah di rejim Islam,” kata Khamenei dalam satu kenyataan yang disiarkan media negara itu.

“Musuh sentiasa mencari peluang dan ruang untuk menyelinap masuk dan menyerang negara Iran,” tambahnya.

Setakat ini, 21 orang sudah terbunuh sejak rusuhan berlaku di seluruh negara sejak lima hari lepas yang pada awalnya bermula sebagai protes membantah kelembapan ekonomi tetapi berubah menjadi penentangan kepada rejim Islam itu.

“Apa yang boleh menghentikan tindakan musuh adalah semangat keberanian, pengorbanan dan kepercayaan rakyat,” katanya bercakap kepada sekumpulan balu dan keluarga pejuang negara itu yang terbunuh selama negara itu bergelut dengan pelbagai krisis. – AFP, 2 Januari, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen