PAKATAN Harapan (PH) perlu sentiasa terbuka menerima kerjasama politik dengan sesiapa sahaja termasuk Umno.
Keterbukaan PH menerokai peluang kerjasama dengan mana-mana pihak yang berkepentingan akan memberikan nilai tambah kepada peluang PH untuk memenangi pilihan raya.
PH tidak seharusnya bersikap “kunci mati” pintu kerjasama terhadap mana-mana pihak kerana situasi politik semasa sentiasa berubah-ubah.
Sekiranya agenda reformasi yang menjadi dukungan PH boleh diterima oleh pihak lain, tidak mustahil satu kerjasama politik boleh dijalinkan.
Justeru, saya menyeru kepimpinan PH untuk membahaskan dan meneliti agenda penerokaan penjajaran politik baharu jika ia boleh membawa manfaat kepada rakyat. – 12 Mac, 2021.
* Syed Badli Shah Syed Osman, naib ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia.
* Ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan rasmi The Malaysian Insight.
Komen