Turki risau protes di Iran


Protes di Iran yang bermula sejak lima hari lalu telah mengakibatkan 21 nyawa terkorban. Ini dilihat Turki sebagai membahayakan. Dalam pada itu, Presiden Iran Hassan Rouhani berkata beliau telah cuba mententeramkan keadaan itu yang bermula atas alasan masalah ekonomi di Mashhad Khamis lalu, namun dengan cepat kerajaan itu dikecam dengan slogan “Matilah diktator.” – Gambar AFP, 2 Januari, 2018.

TURKI hari ini mengaku risau dengan protes berpanjangan di Iran yang turun melanda negara jiran, dengan memberi amaran kemungkinan akan protes itu akan terus meningkat.

“Turki risau dengan berita protes di Iran… yang tersebar, menyebabkan kerosakan selain berlaku kerosakan pada bangunan-bangunan awam,” kata menteri luarnya dalam satu kenyataan, menambah, “sifat yang berbudi patut ditunjukkan bagi mengelak dari merebak.”

Presiden Iran Hassan Rouhani telah cuba mententeramkan keadaan itu yang bermula atas alasan masalah ekonomi di Mashhad Khamis lalu, namun dengan cepat kerajaan itu dikecam dengan slogan “Matilah diktator.”

Justeru, protes selama lima hari itu menjadi cabaran besar buat Iran sejak demonstrasi besar-besaran pada 2009 yang meragut 21 nyawa.

Dalam protes yang berlaku sekarang, 21 orang telah terbunuh di beberapa bandar di Iran.

Turki, yang juga dilanda protes terhadap Presiden Recep Tayyip Erdogan berkata protes itu “mempunyai kepentingan besar untuk mengekalkan keamanan dan kestabilan dan persaudaraan Iran.”

Menteri itu berkata, amaran Rouhani itu harus dipatuhi.

“Kami percaya keganasan dan provokasi harus dielakkan,” kata kenyataan itu yang memberi amaran terhadap “gangguan pihak luar.”

Turki yang bersaing dengan Iran sejak peperangan antara kerajaan Uthmaniah dan kerajaan Persia itu mempunyai beberapa detik “pelik” dalam hubungannya dengan Tehran.

Erdogan berulang kali menentang “imperialisme Persia” di Tumur Tengah namun hubungan itu reda sejak bulan lalu bila Moskow dan Tehran bekerjasama dengan Ankara untuk mengamankan Syria.

Media konservatif Turki di halaman depan menunjukkan rasa tidak selesa dengan protes itu yang mana media pro-kerajaan Yeni Safak menyifatkannya sebagai “peningkatan yang bahaya.:

Mereka menuduh Amerika Syarikat sebagai tulang belakang kekecohan itu dengan menyasarkan AS mahu “men-Syria-kan” Iran.

“Permainan kotor berlaku di Iran sekarang,” tambah akhbar Star di muka hadapan. “Pihak Barat adalah tulang belakang di Iran… Jika mereka berjaya di sana, sasaran seterusnya adalah Turki,” tambah akhbar Yeni Akit. – AFP, 2 Januari, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen