Undi 18 tidak boleh dilaksanakan sekarang, kata Rais


Yang Dipertua Dewan Negara Rais Yatim berkata tidak praktikal menurunkan had umur mengundi kepada 18 tahun pada masa ini. – Gambar fail The Malaysian Insight, 11 Mac, 2021.

TIDAK praktikal untuk menurunkan kadar umur mengundi kepada 18 tahun pada masa ini kerana ia akan mengambil terlalu banyak masa dan sumber, kata Yang Dipertua Dewan Negara Rais Yatim.

Ia akan mengambil mas auntuk mengenal pasti individu 18 tahun yang layak mengundi dan kawasan mengundi mereka, katanya kepada Bernama malam tadi.

Rais berkata pelaksanaan itu akan memerlukan data diambil daripada Jabatan Pendaftaran Negara dan Suruhanjaya Pilihan raya.

“Berkenaan isu umur 18 tahun untuk mengundi, sama ada boleh dilaksankaan sekarang atau tidak, jawpaannya tidak. Walaupun ia diluluskan di peringkat Dewan Rakyat tetapi daripada kesediaan masih ada banyak kekangan.

“Selepas melihat situasi sebenar dari sudut Dewan Negara, ia tidak praktikal untuk dilaksanakan pada masa ini,” katanya.

Para 16 Julai, 2019 Dewan Rakyat meluluskan RUU Perlembagaan (Pindaan) 2019 bagi menurunkan had umur mengundi dari 21 tahun ke 18 tahun, pendaftaran pengundi automatik dan menurunkan umur calon bertanding pilihan raya kepada 18 tahun.

SPR sebelum ini berkata undang-undang itu serta pendaftaran pengundi baharu secara automatik akan dilaksanakan pada Julai. – 11 Mac, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen


  • Entah bila la nak pupus dinosaur semua ni?

    Dimuat naik 3 tahun yang lalu oleh G GHAZALI · Ulasan