DUA orang terbunuh dan ribuan lagi terpaksa dipindahkan kerana rebut kencang dan banjir disebabkan taufan melanda tengah Filipina pada Selasa, kejadian terbaru dalam siri taufan melanda negara itu sejak Krismas lagi.
Kematian itu dilaporkan berlaku di Kepulauan Cebu, apabila seorang wanita tua terbunuh kerana tanah runtuh dan seorang lelaki terjatuh sehingga maut selepas taufan menyebabkan kehilangan kuasa elektrik di kawasan itu.
Taufan Tropika Kai-Tak membunuh 47 orang di tengah Filipina bulan lepas, manakala Taufan Tembin menyebabkan 240 orang terbunuh di Mindanao.
Agensi kaji cuaca memberi amaran yang ribut kencang akan mengancam kepulauan tumpuan pelancong, Palawan dengan kelajuan mencecah 65 kilometer per jam pada Selasa.
37 orang terbunuh di Palawan apabila Tembin melanda, dan 60 orang lagi masih hilang.
Hampir 4,000 orang di tengah Filipina sudah dipindahkan ke kawasan lebih selamat bagi melindungi mereka daripada angina kencang dan banjir, kata agensi pengurusan bencana di Manila.
Filipina secara puratanya berdepan 20 taufan besar setiap tahun, kebanyakannya membunuh ramai rakyatnya. – AFP, 2 Januari, 2018.
Komen