Covid-19 ujian untuk majikan lebih prihatin, kata pengurus sumber manusia


Hailey Chung Wee Kye

Menguruskan pekerja ketika pandemik menjadikan pengurus sumber manusia untuk ubah pandangan dan menjaga kesejahteraan pekerja. – Gambar fail The Malaysian Insight, 11 Mac, 2021.

PANDEMIK Covid-19 menjadi cabaran buat syarikat dan jabatan sumber manusia (JSM) untuk lebih responsif terhadap keperluan dan kesejahteraan pekerja mereka, kata pengurus sumber manusia.

Mereka berkata ini adalah pengajaran buat syarikat melatih sifat empati yang lebih baik berbanding sekadar melaksanakan peraturan syarikat dengan cara dingin.

Pengurus kanan sumber manusia Christian Wong, 29, berkata menguruskan pekerja semasa pandemik ini membuka pandangannya untuk menjaga kesejahteraan pekerja.

“Menjaga pemahaman sedia ada macam robot atau amalan memastikan pekerja sedar tentang kepentingan mereka masih penting, namun ia juga amalan ‘lapuk’ andai kata tidak ada perasaan ikatan,” katanya kepada The Malaysian Insight.

Tempat kerjanya, sebuah syarikat pengedaran alat perubatan berjenama Easmed mempunyai kira-kira 50  pekerja dan Wong berkata beliau harus bekerja keras memastikan ikatan dan semangat berpasukan kakitangan tetap kuat semasa pandemik ini.

“Saya melampaui waktu bekerja dan konteks kerja di mana saya akan rapat dengan rakan sekerja dan juga ahli keluarga mereka.

“Kami kena buat sebab kami takut pekerja terdedah kepada kes positif Covid-19. Ada yang buat kuarantin diri dan saya terus tahu status kesihatan mereka,” kata Wong.

Seorang lagi eksekutif sumber manusia Melody Chua Yong Yi, 26, berkata ada rasa tanggungjawab yang tinggi dalam syarikat media, Core Studios, tempat beliau bekerja.

Kakitangan juga mula memandangnya sebagai sumber rujukan semasa pandemik dan penguatkuasaan sekatan pergerakan.

“Ini yang pertama bagi kebanyakan kita, jadi tak ada ‘panduan’ mengenai bagaimana menangani gelombang ketidakpastian.

“Pasukan saya mencari petunjuk tentang bagaimana bekerja melalui SOP, atau ketika ahli dalam pasukan berhubungan rapat dengan seseorang yang didapati positif.

“Semua orang panik dan cari saya untuk dapat jawapan agar dapat bergerak ke depan.” – 11 Mac, 2021.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen