SEMBILAN orang terbunuh dalam satu malam pada protes di kawasan Isfahan, tengah Iran, lapor media negara itu pada Selasa.
Enam terbunuh dalam pertempuran dengan pasukan keselamatan ketika mereka cuba menyerbu balai polis di bandar Qahderijan yang mempunyai 30,000 orang penduduk.
Seorang ahli Pengawal Revolusi pula terbunuh berhampiran Kahriz Sang, dan seorang awam terbunuh di bandar yang sama- semuanya di kawasan Isfahan.
Hampir 100 orang ditahan pada malam sama di kawasan itu, lapor media Iran.
Laporan awal menyebut yang seorang anggota polis terbunuh dan tiga yang lain cedera di Najafabad selepas ditembak senapang patah.
Ini menjadikan jumlah kematian cecah 21 orang berkaitan protes itu yang bermula Khamis lalu di bandar Mashhad dan merebak ke seluruh negara.
Kekecohan banyak tertumpu di luar bandar, dan hanya beberapa protes kecil dilaporkan di Tehran pada petang Isnin. – AFP, 2 Januari, 2018.
Komen