Angkasawan Rusia ucap selamat Hari Wanita


Angkasawan NASA, Kate Rubins dan angkasawan Russia, Sergey Ryzhikov dan Sergey Kud-Sverchkov, sempat melambatkan tangan sebelum berlepas ke ISS pada Oktober 2020. – Gambar EPA, 8 Mac, 2021.

ANGKASAWAN Rusia Sergey Kud-Sverchkov dan Sergey C mengucapkan tahniah kepada wanita sempena Hari Wanita Antarabangsa melalui rakaman video dikeluarkan agensi angkasa Rusia Roscosmos, lapor Sputnik.

“Semoga hari-hari anda sentiasa dipenuhi dengan kegembiraan, kebahagiaan, keindahan dan kemesraan keluarga,” kata Kud-Sverchkov.

Sementara itu Ryzhikov berkata “Kini masanya untuk harapan baharu, anda menjadikan dunia kita lebih baik”.

Hari Wanita Antarabangsa disambut pada 8 Mac di Rusia, dan juga di beberapa negara lain

Turut tidak ketinggalan mengucapkan tahniah, Presiden Vladimir Putin dan Menteri Kesihatan Mikhail Murashko yang menyifatkan pekerja kesihatan wanita memainkan peranan penting di tengah pandemik Covid-19. – Bernama, 8 Mac, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen