Kes pulih Covid-19 melebihi jangkitan baharu buat hari ke-6 berturut-turut


Raevathi Supramaniam

Petugas kesihatan menerima suntikan vaksin Covid-19 Pfizer-BioTech di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah, Maeps Serdang. Jumlah kes pulih melebihi kes jangkitan baharu buat hari keenam berturut-turut.– Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 6 Mac, 2021.

MALAYSIA merekodkan 1,680 kes jangkitan baharu Covid-19 dan 2,548 kes pulih dalam tempoh 24 jam lalu, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Ini merupakan hari keenam berturut-turut jumlah kes pulih melebihi kes jangkitan baharu.

Jumlah keseluruhan kes pulih adalah 289,452 manakala kes jangkitan keseluruhan meningkat kepada 317,777.

Tujuh kematian turut direkodkan hari ini menjadikan angka kematian keseluruhan 1,166.

Dr Noor Hisham berkata Selangor melaporkan kes harian tertinggi iaitu 826 kes, diikuti Sarawak (221) dan Johor (139).

Katanya sebanyak 21,159 kes aktif di negara ini dengan 172 pesakit dirawat di unit rawatan rapi dan 84 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan. – 6 Mac, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen