EMPAT kluster baharu Covid-19 dikesan dalam tempoh 24 jam dengan tiga daripadanya berkait dengan tempat kerja, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.
Ini menjadikan jumlah keseluruhan kluster aktif 478.
Satu daripada kluster baharu melibatkan pekerja sebuah syarikat sanitasi di Petaling, Selangor dan dipanggil kluster Lagoon Selatan. Ia merekodkan 12 kes.
Di Johor Bahru, kluster Firma Dua dikaitkan dengan sebuah kilang melaporkan 28 kes.
Di Jasin, Melaka, kluster Japan Haji Malek melibatkan pekerja sebuah pasar raya merekodkan 11 kes.
Kluster terakhir melibatkan penularan komuniti di Julau Sarawak. Kluster Bukit Tunggal itu melaporkan 29 kes.– 6 Mac, 2021.
Komen