SEORANG remaja Palestin didakwa dengan 12 pertuduhan termasuk serangan pada Isnin susulan penangkapannya selepas videonya menampar dan menendang dua tentera Israel di Tebing Barat tular.
Ahed Tamimi, 16, dipuji sebagai pahlawan oleh rakyat Palestin dengan pendirian tegasnya terhadap pendudukan Israel di Tebing Barat.
Israel menuduh keluarganya menggunakan dia sebagai alat dalam provokasi berperingkat.
Tuduhan difailkan dengan mahkamah tentera Israel mengaitkan kejadian dalam video itu di samping lima insiden lain, termasuk melempar batu, hasutan dan membuat ancaman.
Dia mungkin berdepan hukuman penjara jika sabit kesalahan.
Lima pertuduhan juga difailkan terhadap ibunya Nariman dan pada Ahad, sepupu Nour, 20, juga didakwa.
Tuduhan terhadap Nariman Tamimi termasuk menggunakan Facebook “untuk menghasut orang lain melakukan serangan pengganas” dan mengambil bahagian dalam insiden yang dirakam dalam video, kata pihak tentera dalam satu kenyataan.
Ahed Tamimi dan ibunya diperintahkan untuk terus berada dalam tahanan sehingga sekurang-kurangnya 8 Januari, ketika pendengaran lain akan dilakukan.
Pendakwa memohon mereka dipenjarakan sehingga selesai perbicaraan. – AFP, 2 Januari, 2018.
Komen