Kesatuan Eropah desak Iran jamin hak rakyat untuk kritik kerajaan


Tunjuk perasaan membantah kerajaan bermula di Mashhad oleh penduduk yang membantah peningkatan kos hidup dan ekonomi yang merudum. Ia kini merebak di beberapa bandar raya utama di Iran sejak Khamis, termasuk Teheran dan Khorramabad. – Gambar EPA, 2 Januari, 2017.

KESATUAN Eropah (EU) mendesak Iran pada Isnin agar menjamin hak untuk memprotes ketika pihak berkuasa bertindak keras terhadap kekacauan yang berlaku sejak beberapa di seluruh negara itu.

Protes berlaku pada Khamis dan dengan cepat bertukar menjadi ujian terbesar bagi rejim sejak demonstrasi besar-besaran pada 2009.

“Kami sudah berhubung dengan pihak berkuasa Iran dan berharap hak untuk berdemonstrasi secara damai dan kebebasan bersuara akan dijamin,” kata jurucakap ketua polis luar negara itu, Federica Mogherini dalam satu kenyataan.

“Kami akan terus memantau perkembangan,” katanya.

Demonstrasi terkini pada Isnin diadakan walaupun Presiden Hassan Rouhani bersumpah yang negara akan bertindak terhadap “perusuh dan mereka yang melanggar undang-undang”.

Angka kematian yang dikaitkan dengan protes kini mencecah 13 orang.

Pihak berkuasa mengesahkan lebih 400 tangkapan dibuat sejak kekacauan dengan kira-kira 100 orang sudah dibebaskan.

Rouhani berkuasa pada 2013 berjanji memperbaiki ekonomi dan mengurangkan ketegangan sosial, tetapi kos hidup yang tinggi dan kadar pengangguran sebanyak 12% menyebabkan ramai beranggapan progresnya terlalu perlahan. – AFP, 2 Januari, 2018.
 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen