JUMLAH kes pulih Covid-19 melebihi kes jangkitan baharu yang dilaporkan dalam tempoh 24 jam lalu, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan.
Sebanyak 3,275 kes pulih direkodkan berbanding 2,154 kes jangkitan baharu.
Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih kepada 286,904. Jumlah keseluruhan kes kini 310,097.
Enam kes kematian dilaporkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian 1,159.
Noor Hisham berkata Selangor masih merekodkan kes tertinggi dengan 794 kes, diikuti Johor (463) dan Sarawak (259).
Setakat ini terdapat 22,034 kes aktif di negara ini, 184 daripadanya dirawat di unit rawatan rapi dan 87 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan. – 5 Mac, 2021.

Komen