PASUKAN badminton kebangsaan China bertekad untuk merangkul pingat emas pada Sukan Olimpik Tokyo akan datang menerusi lima kategori.
Pengerusi Persatuan Badminton China, Zhang Jun berkata menjelang temasya sukan yang dijadualkan bermula Julai depan, pasukannya kini memasuki fasa persediaan penting.
Beliau berkata demikian dalam satu sidang media berhubung taklimat kerjasama strategik antara Kontinjen Badminton Negara China dengan Yonex, di Shanghai, Rabu.
Sementara itu, Ketua jurulatih kategori perseorangan, Xia Xuanze berkata pelbagai video permainan badminton akan dikaji.
Jelasnya, susulan ketiadaan perlawanan, anak buahnya mempunyai lebih banyak masa dan tenaga untuk menumpukan kepada sesi latihan.
Dalam perkembangan lain, Zhang memberitahu pasukannya akan berpindah ke kawasan selatan China, yang mempunyai cuaca lebih baik untuk memastikan atlet dapat menjalani latihan dan rawatan. – Bernama, 4 Mac, 2021.
Komen