PRESIDEN Donald Trump hari ini bercadang untuk memotong bantuan asing ke Pakistan dan menuduh Islamabad melindungi pelampau keganasan serta berbohong mengenainya.
“Amerika Syarikat dengan bodohnya memberi Pakistan lebih daripada bantuan 33 bilion dolar dalam tenpoh 15 tahun yang lalu, dan mereka tidak memberi kami apa-apa kecuali pembohongan dan penipuan, fikir pemimpin kami bodoh,” Trump berkata dalam tweet pertamanya dalam tahun ini.
“Mereka berikan tempat perlindungan kepada pengganas-pengganas yang kami buru di Afghanistan. Tidak lagi!”
Minggu lepas, The New York Times melaporkan pentadbiran Trump dengan serius menimbang untuk sama ada menggantung AS$255 juta bantuan yang telahpun ditangguhkan ke Islamabad kerana gagal mematahkan kumpulan pengganas di Pakistan.
Hubungan AS-Pakistan merosot sejak di bawah pentadbiran Trump. Pada Ogos Trump mengisytiharkan bahawa “Pakistan sering melindungi ejen-ejen keganasan dan kekacauan.” – AFP, 1 Januari, 2018.
Komen