LAPAN orang diserang lelaki bersenjata tajam di bandar Vetlanda di Sweden semalam, menyebabkan lima daripada mereka cedera parah.
Polis berjaya menembak kaki penyerang berkenaan dalam kejadian yang berlaku tengah hari semalam. Lelaki tersebut dibawa ke hospital dan ditahan.
Menurut polis, penyerang berusia 20-an itu menggunakan ‘senjata tajam’, manakala media tempatan melaporkan suspek menggunakan sebilah pisau.
Kes pada awalnya diklasifikasikan sebagai cubaan bunuh tetapi kemudian mengubahnya kepada jenayah pengganas. Polis bagaimapanapun tidak memberi butiran lanjut.
Ketua polis daerah, Malena Grann pada sidang media berkata bahawa siasatan awal masih diklasifikasikan ‘cubaan bunuh’ tetapi berpotensi ditukar kepada ‘bermotifkan keganasan’.
“Terdapat butiran dalam siasatan yang mendorong kami untuk menyiasat sama ada wujud motif keganasan,” kata Grann, tanpa penjelasan lanjut.
Tambahnya, polis kini sedang bekerjasama rapat dengan unit risikan Swede, Sapo.
Ketua media Sapo Karl Melin bagaimanapun enggan mengulas perkara tersebut.
“Buat masa ini kejadian di Vetlanda di bawah pemerhatian polis,” katanya secara ringkas. – AFP, 4 Mac, 2021.
Komen