SEBANYAK tujuh kluster baharu Covid-19 dilaporkan hari ini di mana enam melibatkan tempat kerja dan satu lagi kumpulan berisiko tinggi, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.
Dua kluster kilang dikesan di Selangor iaitu kluster Taman Alam yang mencatatkan 23 kes dan kluster Sementa 27 dengan 13 kes.
Kluster lain di Selangor yang disebut Jalan Mawar melibatkan syarikat pembersihan dan melaporkan 10 kes.
Johor juga melaporkan dua kluster kilang iaitu kluster DPB Enam Jepun dengan tiga kes sementara kluster Jalan Cyber Satu merekodkan sembilan.
Sementara itu Pulau Pinang melaporkan 25 kes baharu di kluster Bayan Indah yang berkaitan dengan pasar raya.
Satu-satunya kluster kumpulan berisiko tinggi hari ini adalah di Negeri Sembilan dan melibatkan rumah warga emas yang dikenali sebagai Jalan Bukit Blossoms. Kluster ini merekodkan 18 jangkitan.
Sementara itu enam kluster disahkan berakhir hari ini iaitu Jalan Kluang, Taman Sejahtera, Jalan Labuk, Jalan Ragum, Industri Indah dan Jalan Mega.
Sehingga kini terdapat 489 kluster Covid-19 aktif di negara ini. – 2 Mac, 2021.
Komen