Kini, tanggungjawab media tapis komen pembaca, kata forum


Ketua pengarang Malaysiakini Steven Gan di luar mahkamah selepas keputusan Mahkamah Persekutuan mendapati portal berita itu bertanggungjawab kerana menghina mahkamah menerusi komen pembacanya. – Gambar fail The Malaysian Insight, 2 Mac, 2021.

KEPUTUSAN mahkamah terhadap portal berita Malaysiakini yang didapati menghina mahkamah mungkin bakal menyaksikan organisasi media memainkan peranan seperti lembaga penapisan, kerana bimbang dipertanggungjawabkan atas komen dihantar pembaca, kata Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ).

Pengarah Eksekutif CIJ Wathshlah Naidu dengan bertindak sebagai lembaga penapisan, syarikat media akan secara tidak langsung menapis ucapan dan kenyataan orang ramai.

“Ini bermakna pembaca akan hilang peluang untuk mengkritik, membentuk pandangan mereka sendiri dan membantah atau memberi pendapat alternative, khususnya berkenaan isu yang ada kepentingan awam.

“Ini mencabar perlembagaan kita untuk melindungi kebebasan bersuara di mana ia memudahkan dan membantu penyertaan orang awam serta demokrasi yang sihat.”

Undang-undang itu antara lain menjadikan individu dan pentadbir, beroperasi atau menyediakan ruang untuk forum komuniti secara atas talian, blog dan perkhidmatan host, bertanggungjawab atas kandungan yang disiarkan menerusi perkhidmatannya.

Amat penting untuk masyarakat awam diberikan ruang mengkritik tentang kehakiman tetapi dengan apa yang berlaku kepada kes Malaysiakini, mereka mungkin mula menyekat diri daripada meluahkan pendapat, katanya.

Wathshlah berkata demikian dalam perbincangan secara maya berkenaan Menghina mahkamah: beban mengendalikan komen dan portal online yang dianjurkan oleh Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor di Facebook semalam.

Turut hadir ialah Ahli Parlimen Sungai Buloh Sivarasa Rasiah dan ketua pengarang Malaysiakini Steven Gan.

Perbincangan secara atas talian itu diadakan susulan keputusan Mahkamah Persekutuan pada 19 Februari yang mendapati Malaysiakini menghina mahkamah berkenaan komen pembacanya yang menyinggung sistem kehakiman. – 2 Mac, 2021.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen