Hospital swasta tawar bantu percepat program vaksin kerajaan


Penglibatan hospital swasta dalam program vaksinasi akan akan membantu percepatkan usaha Putrajaya mewujudkan imuniti kelompok. – Gambar AFP, 2 Mac, 2021.

HOSPITAL swasta bersedia membantu Putrajaya dalam usaha imunisasi dan boleh digerakkan dengan cepat untuk menyempurkan usaha kerajaan dalam memastikan seluruh penduduk diberi vaksin bagi mencapai imuniti kelompok, kata Dr Kuljit Singh.

Presiden Persatuan Hospital Swasta Malaysia berkata Putrajaya perlu membenarkan ahlinya membeli bekalan vaksin Covid-19 dan menguruskannya sendiri.

“Kami sanggup mendapatkan vaksin daripada belbagai sumber selepas ada kelulusan diberikan oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA).

“Alasan hospital swasta yakin yang beberapa bantuan perlu diberikan kepada kerajaan kerana program semasa dalam tiga tahap, yang dijangka berakhir pada Februari 2022, ia sangat lama dan tidak dapat diterima,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kuljit mencadangkan agar sektor swasta boleh menyumbangkan surcaj daripada setiap pesakit yang diberi vaksin di sektor swasta kepada tabung kerajaan bagi menjalankan program vaksinasi awam percuma.

“Kami berharap kerajaan tidak mengabaikan rayuan hospital swasta kerana motif kami bukan untuk mendapatkan keuntungan tetapi bagi membantu sebagai rakan kongsi dengan kerajaan. Terdapat permintaan besar daripada orang ramai untuk segera menyelesaikannya.”

Justeru, dengan bantuan hospital swasta kerajaan dapat mempercepatkan rancangan vaksinasi.

Persatuan itu semalam mengemukakan cadangannya kepada Khairy Jamaluddin, menteri penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan.

“Setiap pesakit yang diberi vaksin di sektor swasta, bermakna kurang seorang pesakit yang perlu dibayar oleh kerajaan,” katanya.

Hospital swasta boleh dikerahkan segera untuk menyempurnakan usaha kerajaan memvaksin penduduk dalam jangka waktu yang singkat bagi mencapai imuniti kelompok. – 2 Mac, 2021.

Berita penuh di sini


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen