Kami tak lagi rasa selamat, kata rakyat Malaysia di Myanmar


Elill Easwaran

RAKYAT Malaysia di Myanmar berkata mereka tidak lagi berasa selamat apabila tunjuk perasaan berterusan berlaku setiap hari dengan polis dan tentera semakin agresif.

Sebilangan daripada mereka berkata walaupun kehidupan seharian mereka berjalan seperti biasa, namun kini ada ketakutan dan kebimbangan baharu berkenaan bagaiamana keadaan di negara yang diperintah oleh tentera itu akan hilang dalam beberapa minggu mendatang.

Tunjuk perasaan menjadi ganas semalam apabila polis melepaskan tembakan terhadap penunjuk perasaan di beberapa bandar di seluruh Myanmar dengan Pejabat Hak Asasi Manusia PBB mengatakan sekurang-kurangnya 18 orang terbunuh.

Pasukan keselamatan memulakan tindakan keras pada Sabtu lepas selepas berminggu-minggu protes damai menentang pengambilalihan tentera pada 1 Februari.

Johnson Leong, seorang pengurus projek berusia 54 tahun di Yangon berkata bahawa dia tidak berasa selamat terutama dengan peningkatan tunjuk perasaan dan juga keganasan polis terhadap penunjuk perasaan yang aman dan pejlan kaki.

Beliau berkata keadaan menjadi sangat berbahaya dan kerana itu dia merancang untuk kembalu ke Malaysia akhir bulan ini.

“Bahkan kelajuan internet sangat perlahan dan ia terputus dari jam 1 hingga 9 pagi setiap hari. Kami menggunakan Virtual Private Network (VPN) untuk menggunakan aplikasi seperti Facebook dan lain-lain.

“Kami juga tidak dibenarkan mengeluarkan wang tunai terus dari bank. Sebaliknya kita perlu menggunaka Mesin Juruwang Automatik untuk mengeluarkan wang di mana selalunya barisan terlalu panjang. Ini adalah perkara terakhir yang ingin anda lalui semasa wabak Covid-19 ini,” katanya. – 1 Mac, 2021.

MENYUSUL


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen