KOREA Utara mungkin akan menghantar delegasinya ke Korea Selataan untuk Olimpik Musim Sejuk 2018, petunjuk pertama Pyongyang mungkin akan sertainya pada temasya sukan yang akan berlangsung bukan depan walaupun ketegangan berhubung program senjata nuklearnya.
Pemimpin Korea Utara Kim Jong-un dalam ucapan tahun baharunya berkata: “Kita sedia mengambil langkah yang perlu” termasuk menghantar wakil ke sukan Pyeongchang yang mana Seoul dan penganjurnya sudah menetapkan ia sebagai “Olimpik aman”.
Sukan Olimpik Musim Sejuk itu akan berlangsung bermula 9 Februari hingga 25 Februari 2018, dengan sukan Paralimpik dijadualkan berlangsng pada 9 Mac.
Penganjur sukan berkenaan dan Seoul mengau-alukan penyertaan Korea Utara, namun penyertaan Pyongyang pada acara sukan di Korea Selatan adalah bergantung kepada situasi politik dan ketenteraan di semenanjung Korea.
Lokasi acara sukan itu hanya 80 kilometer daripada sempadan Korea Utara dan persediaan acara itu terselindung di sebalik ketegangan yang tercetus akibat tindakan Korea Utara yang meningkatkan ujian nuklear dan peluru berpandu.
Kim juga dilihat cuba untuk merapatkan hubungan dengan Seoul dalam ucapannya pada Isnin, mengatakan sukan Olimpik itu “memberi peluang baik untuk menunjukkan kebaikan rakyat Korea kepada dunia dan kami dengan ikhlasnya berharap sukan ini akan berjaya”.
Namun Kim memberi amaran, “selagi ketidakstabilan sama ada perang atau keamanan berterusan, Korea Utara dan Selatan tidak boleh memberi jaminan kejayaan Olimpik, duduk untuk berunding atau teruskan ke arah penyatuan semula”.
Dua negara Korea itu terpisah oleh zon ketenteraan sejak tamatnya perang Korea 1950-53. – AFP, 1 Januari, 2018.
Komen