PALESTIN memanggil pulang duta mereka ke Amerika Syarikat (AS) pada Ahad bagi mendapatkan nasihat susulan pengiktirafan Presiden AS Donald Trump terhadap Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.
Menteri Luar Palestin Riad al-Malki memutuskan memanggil kembali duta PLO ke Washington Husam Zomlot untuk berunding, lapor agensi berita rasmi Palestin WAFA.
Pengumuman Trump pada 6 Disember mengenai bandar yang dipertikaikan membangkitkan kemarahan kepada rakyat Palestin dan menyebabkan pergolakan.
Pegawai Palestin sebelum ini berkata Presiden Mahmud Abbas enggan bertemu Naib Presiden AS Mike Pence semasa lawatan ke rantau ini yang dirancang pada Disember tetapi kemudian dibatalkan.
Abbas juga berkata beliau tidak akan menerima peranan AS seterusnya dalam proses perdamaian Timur Tengah.
Sejak pengumuman Trump itu, ia mengakibatkan 13 rakyat Palestin terkorban yang kebanyakan terbunuh dalam pertempuran dengan pasukan Israel.
Pada Ahad, semasa sambutan ulang tahun ke-53 pergerakan Fatah, Abbas berkata Baitulmaqdis “kekal menjadi ibu kota kepada rakyat Palestin”.
Status Baitulmuqaddis mungkin merupakan isu paling sensitif dalam konflik Israel-Palestin.
Israel menanggap seluruh bandar sebagai ibu kotanya, sementara rakyat Palestin menginginkan sektor timur sebagai ibu negara mereka.
Israel menduduki Baitulmaqdis timur dan Tebing Barat pada Perang Enam Hari 1967. Ia kemudian membina Baitulmaqdis timur dalam satu gerakan yang tidak pernah diiktiraf oleh masyarakat antarabangsa.
Israel memuji keputusan Trump sebagai peristiwa bersejarah dan mendesak negara lain menyertainya.
Guatemala setakat ini satu-satunya negara yang berbuat demikian, mengatakan ia merancang untuk memindahkan kedutaannya di Israel ke Baitulmaqdis.
Tiada negara pada masa ini mempunyai kedutaan mereka di Baitulmaqdis, sebaliknya berada di ibu kota Israel, Tel Aviv. – AFP, 1 Januari, 2018.
Komen