Tentera AS serang lokasi militan di Syria


Jurucakap Pentagon John Kirby serangan adalah sebagai balasan serangan roket ke atas kem tentera AS di Iraq baru-baru ini dan atas arahan Presiden Joe Biden. – Gambar AFP, 26 Februari, 2021.

TENTERA Amerika Syarikat (AS) menyerang kemudahan militan yang disokong Iran di timur Syria semalam, kata Pentagon.

Serangan adalah sebagai balasan serangan roket ke atas kem tentera AS di Iraq baru-baru ini dan atas arahan Presiden Joe Biden, menurut kenyataan jurucakap Pentagon John Kirby.

“Serangan adalah tindak balas terhadap serangan baru-baru ini tentera AS dan pakatan di Iraq dan ancaman berterusan,” katanya.

Tentera AS bagaimanapun tidak menyatakan jika berlaku kematian dalam serangan semalam.

Kirby berkata serangan mensasarkan pusat kawalan lokasi yang digunakan kumpulan bersenjata Iraq yang disokong Iran termasuk Kataeb Hezbollah dan Kataeb Sayyid al-Shuhada. – AFP, 26 Februari, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen