Menteri Sarawak bimbang sambutan Chap Goh Mei cetus lonjakan kes Covid-19


Pengesanan kontak sepanjang dua minggu ini menunjukkan perhimpunan sosial sempena Tahun Baru Cina menjadi penyumbang utama kes yang dilaporkan di Kuching dan Samarahan baru-baru ini, kata Dr Sim Kui Hian. – Gambar fail The Malaysian Insight, 25 Februari, 2021.

MENTERI Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak Dr Sim Kui Hian bimbang sambutan Chap Goh Mei, iaitu hari terakhir perayaan Tahun Baharu Cina esok akan mencetus lonjakan kes baharu di negeri itu.

“Ia akan menjadi satu lagi acara ‘panas’ untuk penyebaran Covid-19,” katanya di Facebook.

Menurutnya, pengesanan kontak sepanjang dua minggu ini menunjukkan perhimpunan sosial di bistro, restoran dan kediaman peribadi sempena Tahun Baru Cina menjadi penyumbang utama kes yang dilaporkan di Kuching dan Samarahan baru-baru ini.

Walau tidak menyebut secara khusus, Sim merujuk kepada kluster komuniti membabitkan sebuah rumah di Jalan Muhibbah di daerah Betong. Sehingga semalam, seramai 23 orang disahkan dijangkiti Covid-19, termasuk seorang lelaki berumur 55 tahun.

Seramai 209 individu yang dikenal pasti sebagai kontak rapat telah menjalani ujian saringan, dan 66 daripada mereka didapati negatif manakala 120 masih menunggu keputusan.

Sim yang juga penasihat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak berkata setiap etnik berdepan risiko jangkitan kerana kes positif sering dikesan dalam acara sosio kebudayaan yang berkaitan dengan perhimpunan besar. – 25 Februari, 2021.  

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen