Polis ambil keterangan Aziz Bari 


Timbalan Pengerusi DAP Perak Dr Abdul Aziz Bari diambil keterangan berhubung kenyataan mengenai isu darurat dan Yang di-Pertuan Agong yang disiarkan secara langsung di laman facebooknya pada bulan lepas.– Gambar fail The Malaysian Insight, 24 Februari, 2021.

POLIS selesai mengambil keterangan Timbalan Pengerusi DAP Perak Dr Abdul Aziz Bari berhubung kenyataan mengenai isu darurat dan Yang di-Pertuan Agong yang disiarkan secara langsung di laman facebooknya pada bulan lepas.

Ketua Polis Perak Mior Faridalathrash Wahid berkata pihaknya mengambil keterangan Abdul Aziz yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tebing Tinggi selama lebih sejam di Balai Polis Lahat di Ipoh bermula pukul 11.45 pagi tadi.

“Rakaman percakapan Dr Abdul Aziz diambil bermula pukul 11.45 pagi hingga 1.00 tengah hari tadi bagi membantu siasatan,” katanya ketika dihubungi Bernama di Ipoh hari ini.

Beliau berkata siasatan dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Difahamkan, siasatan dijalankan susulan terdapat laporan polis dibuat terhadap Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak itu berhubung kenyataan dikeluarkannya menerusi siaran langsung di facebooknya berkaitan darurat dan Yang di-Pertuan Agong. – Bernama, 24 Februari, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen