3,545 kes Covid-19 hari ini, kilang di Negeri Sembilan penyumbang terbesar


Ravin Palanisamy

Negeri Sembilan merekodkan kes tertinggi dengan 1,392 diikuti Selangor 581 kes dan Kuala Lumpur 381 kes.– Gambar fail The Malaysian Insight, 24 Februari, 2021.

SELEPAS hampir sepuluh hari merekodkan kes harian jangkitan baharu Covid-19 di bawah 3,000, Malaysia melaporkan 3,545 kes dalam tempoh 24 jam, yang mana sebahagian besar adalah dari sebuah kilang di Negeri Sembilan,” kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

12 kematian turut dilaporkan yang mana 11 adalah warga Malaysia dan seorang warga asing.

Jumlah kes harian adalah sebelum ini adalah pada 2,000 sejak 14 Februari kecuali pada 21 Februari yang merekodkan 3,297.

Mengikut negeri, Negeri Sembilan merekodkan kes tertinggi dengan 1,392 diikuti Selangor 581 kes dan Kuala Lumpur 381 kes.

Dr Noor Hisham berkata kes baharu Negeri Sembilan - 1,388- adalah dari kluster industri Sungai Gadut, iaitu kluster tempatt kerja melibatkan daerah Seremban, Rembau dan Tampin.

Kluster ini mula dikesan pada 22 Februari, susulan ujian saringan bersasar dalam kalangan pekerja kilang. Kes positif pertama kluster ini dilaporkan pada 16 Februari.

“Setakat  hari ini, 1,432 kes dilaporkan dari kluster ini, yang mana melibatkan 318 warga Malaysia dan 1,114 warga asing,” kata Dr Noor Hisham dalam satu kenyataan dan menambah kilang berkenaan diarah tutup pada 21 Februari. 

Jumlah kes hari ini menjadikan jumlah kumulatif kepada 291,774. 

Daripada jumlah kes baharu hari ini, hanya satu kes import melibatkan warga asing. 

Penularan tempatan melibatkan 1,544 warga Malaysia dan 2,000 warga asing.

3,331 kes pulih turut dilaporkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih 260,009. 

Kes aktif kini 30,667 yang mana 189 dirawat di unit rawatan rapi dengan 88 memerlukan alat bantuan pernafasan.

Jumlah kematian hari ini menjadikan jumlah keseluruhan adalah 1,088. – 24 Februari, 2021.


 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen