Putrajaya perlu jelaskan penghantaran pulang warga Myanmar, kata kumpulan hak asasi 


Elill Easwaran

Lebih 1,000 warga Myanmar dihantar pulang ke negara asal manakala 114 lagi masih menunggu untuk dihantar pulang.– Gambar fail The Malaysian Insight, 24 Februari, 2021.

KERAJAAN perlu menjelaskan keputusan untuk mengimgkari perintah mahkamah dan menghantar pulang 1,086 warga Myanmar kembali ke negara asal, kata Amnesty International Malaysia. 

Pengarah eksekutifnya Katrina Jorene Maliamauv pada sidang media secara maya hari ini berkata Putrajaya juga perlu menjelaskan status mereka yang dihantar pulang, sekiranya ada pelarian dalam kumpulan berkenaan. 

“Penghantaran pulang yang bahaya ini tidak diteliti sepenuhnya dan mendedahkan bahaya kepada individu terbabit.

“Kerajaan perlu hentikan pengusiran ini tanpa kebertanggungjawapan dan kerajaan juga perlu memberi akses segera Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) kepada kumpulan itu,” katanya.

Beliau berkata pihaknya bimbang dengan nasib 1,086 orang yang dihantar ke Myanmar dan 114 individu yang masih di Malaysia dan menunggu untuk dihantar pulang.

Beliau juga berkata UNHRC perlu diberikan akses segera ke depoh tahanan bagi mengelakkan berlaku pelanggaran hak asasi manusia.  

Tambah Katrina, UNHCR dinafikan akses ke depoh tahanan imigresen Malaysia sejak Ogos 2019 dan juga tidak diberikan akses kepada 1,200 warga Myanmar dalam senarai untuk dihantar pulang bagi meilai risiko yang mereka hadapi. 

Pengarah eksekutif Asyum Access Malaysia yang turut hadir ada sidang media berkenaan berkata pihak berkuasa perlu memberikan penjelasan mengapa penghantaran dibuat walaupun ada perintah mahkamah yang dikeluarkan Mahkamah Tinggi untuk tidak berbuat demikian. 

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini melanjutkan perintah terhadap kerajaan sehingga 9 Mac ini untuk tidak menghantar pulang mana-mana pendatang warga Myanmar balik ke negara asal mereka.
 
Hakim Mariana Yahya juga menetapkan tarikh itu bagi mendengar permohonan dua badan hak asasi manusia yang mencabar keputusan kerajaan Malaysia menghantar pulang 1,086 pendatang asing tanpa izin warga Myanmar ke negara itu semalam.

Bagaimanapun Jabatan Imigresen ingkar dan meneruskan penghantaran pulang. – 24 Februari, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen