Lebih banyak pertandingan 3 penjuru dijangka pada PRU15, kata penganalisis


Chan Kok Leong

Umno selepas mesyuarat Majlis Tertinggi parti itu pada Jumaat lalu memutuskan untuk menolak bekerjasama dengan PN pada PRU15. – Gambar fail EPA, 22 Februari, 2021.

PERTANDINGAN tiga penjuru dijangka akan banyak berlaku di semenanjung Malaysia pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) jika Umno terus dengan keputusannya untuk kekal bebas daripada pakatan Perikatan Nasional (PN), kata penganalisis.

“Bersatu dan PAS akan bekerjasama dalam PN kerana Umno tidak mahu berkongsi kerusi dengan PAS di Pantai Timur,” kata Dr Mazlan Ali dari Universiti Teknologi Malaysia.

Mazlan yang mengkaji tingkah laku pengundi di Pantai Timur, berkata PAS dan Bersatu akan menjenamakan parti mereka sebagai pakatan perpaduan Melayu-Islam bagi menarik pengundi Melayu.

Pengarah Eksekutif Ilham Centre Hisommudin Bakar juga menjangkakan pertandingan tiga penjuru di kebanyakan daripada 165 kawasan Parlimen di semenanjung.

“Bersatu akan bergantung sepenuhnya kepada PAS untuk menawan 130 kerusi majority Melayu. Ia bakal menjadi perlawanan epik dalam kalangan parti Melayu,” katanya.

Mazlan dan Hisommudin mengulas berkenaan keputusan Umno untuk menolak bekerjasmaa dengan PN pada PRU15 selepas mesyuarat Majlis Tertinggi parti itu pada Jumaat lalu.

Sumber parti memberitahu media ia turut menolak tawaran Bersatu untuk jawatan timbalan perdana menteri.

Umno mengadakan mesyuarat di pusat latihannya di Janda Baik di Pahang, susulan kata dua diberikan parti itu baru-baru ini.

Pelbagai sumber memberitahu The Malaysian Insight Bersatu mahu Umno membuat keputusan sama ada ia akan bersama PN pada PRU15, atau tidak.

Pada PRU14, Barisan Nasional (BN) hilang kuasa persekutuan apabila tewas kepada Pakatan Harapan (PH), kali pertama dalam tempoh 61 tahun selepas strategi pertandingan tiga penjuru diambilnya, menikam diri, dengan PAS merosakkan 24 kerusi untuk BN secara langsung.

Sehubungan itu, adakah BN akan berdepan takdir yang sama jika ia membenarkan pertandingan tiga penjuru pada PRU15?

“Tidak semestinya,” kata Mazlan.

“Di negeri majoriti Melayu seperti Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu, Umno dan PAS akan masih mendominasi kerusi dengan lebih 65% pengundi Melayu. Bagi kerusi 50% hingga 65% Melayu, PH aka nada peluang jika PN dan BN terpecah undi Melayu.

“Selepas PRU14, BN dan Umno cuba melakukan ‘strategi’ bersama PH bagi mengelak bertembung antara satu sama lain di kerusi terpilih,” kata Mazlan.

Beliau berkata ada banyak insentif bagi Umno untuk berkompromo dengan PH pada PRU15, berbanding PN kerana ia kelihatan direndahkan oleh parti itu.

Sebaliknya, Hisommudin berkata PRU15 bakal jadi padang yang sangat berbeza.

“Ilham tidak dapat melakukan pemeriksaan sentiment semasa kerana sekatan Covid-19 tetapi terdapat empat isyarat untuk diberi perhatian pada PRU akan datang.

“Pertama ialah jumlah pengundi keluar mengundi, diikuti dengan sentiment pengundi, jumlah pengundi baharu dan calon,” kata Hisommudin.

Beliau berkata PH mendapat manfaat dengan jumlah pengundi keluar mengundi yang tinggi pada PRU14, terutama dalam kalangan Cina, iaitu setinggi 90%.

“Tetapi adakah jumlah pengundi keluar mengundi akan tinggi sekali lagi di ketika pandemik Covid-19? Kami jangka ia tidak begitu, kecuali ada isu berbanding dan sentiment terhadap kerajaan menjelang pilihan raya nanti.”

Berkenaan tambahan pengundi baharu, Hisommudin berkata 40% hingga 42% daftar pengundi pada PRU15 dijangka berumur antara 21 dan 39 tahun.

“Mereka juga antara yang paling terkesan akibat pengangguran, gaji tidak adil dan kos sara hidup yang tinggi. Oleh kerana mereka pengikut terbesar di media sosial, mereka antara kumpulan pengundi paling rapuh dan bakal memberi kesan terhadap pilihan raya.

“Apa yang lebih penting ialah masih banyak yang tidak selesai antara gabungan politik, dan gambarannya akan lebih jelas hanya selepas rancangan mereka diumumkan,” kata badan kaji selidik itu.

Tetapi satu perkara yang pasti pada pandangan Mazlan dan Hisommuddin ialah PAS dan Bersatu kini akan bertukar tempat dengan Umno dan menggelarnya pengkhianat terhadap perpaduan Islam jika Umno masih dengan pendiriannya untuk tidak menyertai PN pada PRU15.

Umno memegang 37 daripada 130 kerusi majoriti Melayu di semenanjung, sementara Bersatu dan PAS masing-masing 16 dan 18 kerusi. – 22 Februari, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen