WHO seru Tanzania perangi Covid-19


Presiden John Magufuli sebelum ini mendakwa Covid-19 telah dikalahkan berkat doa di Tanzania, selain menolak untuk mengambil langkah mengekang penyebarannya. – AFP, 21 Februari, 2021.

KETUA Organisasi Kesihatan Sedunia (WHO) memohon Tanzania mengambil “tindakan tegas” memerangi Covid-19 di negara itu di mana presidennya sebelum ini tidak mengambil serius dengan  penularan virus tersebut.

Presiden John Magufuli sebelum ini mendakwa Covid-19 telah dikalahkan berkat doa di Tanzania, selain menolak untuk mengambil langkah mengekang penyebarannya.

Namun dengan kematian mendadak dikatakan akibat pneumonia telah melanda para anggota kesihatan dan pegawai kerajaan.

Kemudiannya barulah Magufuli mengakui bahawa virus itu menular di negaranya setelah berbulan-bulan lamanya.

Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata, sebilangan warga Tanzania yang melakukan perjalanan ke negara jiran dan lain-lain telah didapati positif Covid-19.

“Ini perlunya Tanzania mengambil tindakan tegas menjaga rakyat mereka sendiri dan melindungi populasi di negara-negara sekitar,” katanya dalam satu kenyataan.

Tedros berkaya, beliau telah mendesak Tanzania pada Januari untuk mengambil langkah-langkah melawan pandemik selain bersiap sedia untuk vaksinasi.

“Sejak itu saya telah bercakap dengan beberapa pihak berkuasa di Tanzania tetapi WHO masih belum menerima maklumat mengenai langkah apa yang diambil Tanzania untuk menangani wabak tersebut,” katanya. – AFP, 21 Februari, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen