Mayat lelaki ditemukan terapung di Sungai Muda 


MAYAT lelaki dipercayai terjatuh ke dalam sungai ketika memancing sendirian ditemukan terapung di Sungai Muda, Pinang Tunggal di Kepala Batas malam tadi.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) ACP Noorzainy Mohd Noor berkata mangsa Md Johari Mat Isa, 40, ditemukan oleh pasukan operasi mencari dan menyelamat SAR pada 10.50 malam.

“Polis dan bomba yang menjalankan SAR telah menemukan mayat mangsa dalam kedaan terapung tidak jauh daripada lokasi lelaki itu terjatuh ketika memancing menggunakan bot fiber di Sungai Muda,” katanya di Kepala Batas hari ini.

Beliau berkata mayat mangsa dihantar ke Hospital Kepala Batas untuk bedah siasat.

Noorzainy berkata kehilangan mangsa disedari isterinya selepas tidak pulang sejak keluar dari rumah pada 8 pagi Jumaat untuk memancing di Sungai Muda sebelum memaklumkan kepada bapa mentuanya yang kemudiannya mendapati motosikal anaknya serta barangan peribadi berada di tebing sungai. – Bernama, 21 Februari, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen