AMERIKA Syarikat memperingatkan China supaya tidak menggunakan kekuatan di Laut Shina Selatan dan menegaskan pandangannya tentang kempen Beijing di perairan itu sebagai haram.
Jabatan Luar Negara AS menyuarakan “keprihatinan” tentang undang-undang baharu Beijing yang membenarkan pengawal pesisirnya menggunakan senjata terhadap kapal asing yang dianggap Beijing memasuki perairan itu secara tidak sah.
Teks itu “menekankan undang-undang ini boleh digunakan untuk menakut-nakutkan jiran PRC,” kata jurucakap Jabatan Negara, Ned Price, merujuk kepada Republik Rakyat China.
“Kami mengingatkan PRC dan semua pasukan yang beroperasi di Laut China Selatan bahawa pasukan maritim yang bertanggungjawab bertindak dengan profesional dan mengelakkan diri dari terjebak dengan keganasan,” kata Price.
“Kami sangat prihatin China mungkin menggunakan undang-undang baharu ini untuk menuntut ruang maritimnya yang tidak sah di Laut China Selatan.”
Price berkata pentadbiran Presiden Joe Biden menegaskan kembali pernyataan mengenai Laut China Selatan yang dikeluarkan pada Julai oleh setiausaha negara Mike Pompeo, yang terkenal dengan sikap kerasnya terhadap Beijing.
Dalam kenyataan itu, Pompeo berkata tuntutan Beijing untuk sumber luar pesisir di sebilangan besar Laut China Selatan “sama sekali tidak sah.”
Amerika Syarikat telah lama menolak tuntutan besar China di jalan laut strategik itu namun Pompeo melangkah lebih jauh dengan secara terang-terangan menyokong kedudukan negara-negara Asia Tenggara seperti Filipina dan Vietnam daripada terus keluar dari pertikaian itu.
Setiausaha Negara baharu Antony Blinken sebelumnya menyuarakan keprihatinan mengenai undang-undang maritim China bersama rakan sejawatnya dari Jepun, Toshimitsu Motegi. – AFP, 20 Februari, 2021.
Komen