Dua terbunuh dalam protes Covid-19 di Gabon


Kedua-duanya ditembak mati ketika negara itu berhadapan demonstrasi ganas akibat perintah berkurung dan larangan keluar masuk ibu kota. – Gambar AFP, 20 Februari, 2021.

DUA lelaki ditembak mati di Libreville ketika pelanggaran perintah berkurung dan protest terhadap sekatan akibat Covid-19, kata polis Gabon.

Kedua-duanya ditembak pada lewat Khamis ketika negara itu berhadapan demonstrasi ganas akibat perintah berkurung dan larangan keluar masuk ibu kota.

Selama tiga hari, penduduk bandar di seluruh negara itu memukul periuk dan tong gas, dan pada Khamis, berlaku pertempuran dengan polis.

Ketua polis negara Serge Herve Ngoma dalam satu kenyataan berkata penunjuk perasaan telah membuat sekatan dan menentang polis dengan menggunakan molotov koktel, batu dan besi.

“Dalam keadaan yang tidak menentu itu, dua pelanggar perintah berkurung di Libreville terkena tembakan dan mati akibat cedera parah,” tambahnya.

Ketua polis berkata siasatan telah dibuat dan sekatan akan berlaku sekiranya didapati berlaku salah laku.

Pendakwa Andre Patrick Roponat juga berkata siasatan telah dimulakan, selain menambah, “orang yang memakai topeng ski di dalam kereta telah melepaskan tembakan”.

Gabon telah membuat sekatan pergerakan masuk dan keluar dari Libreville untuk mengekang lonjakan kes Covid-19.

Bar dan kelab tarian telah ditutup selama setahun, dan sebahagian besar ekonomi telah mengalami kesan yang teruk akibat Covid-19.

Gabon, yang mempunyai kurang dari dua juta penduduk telah melaporkan sekitar 12,500 kes virus, dengan 75 kematian.

Sepertiga kes dilaporkan dalam dua bulan terakhir ini ketika gelombang kedua melanda negara itu, kata Menteri Kesihatan Guy Patrick Obiang Ndong. – AFP, 20 Februari, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen