500 belia bunuh diri pada 2019, kerajaan rugi RM346 juta, kata laporan


Raevathi Supramaniam

Setiap kes bunuh diri melibatkan kos RM676,165 iaitu potensi pendapatan yang sepatutnya diperoleh kerajaan dalam bentuk cukai pendapatan. – Gambar Pexels, 19 Februari, 2021.

KIRA-KIRA 500 belia berusia antara 15 hingga 29 tahun membunuh diri di Malaysia pada 2019 kerana pelbagai faktor, menyebabkan kerajaan menanggung kerugian ekonomi dan cukai sebanyak RM346.2 juta, kata penyelidik.

Dapatan berhubung kos ekonomi itu diterbitkan dalam laporan bertajuk “Bunuh Diri di Kalangan Belia di Malaysia” oleh Ideas dan Relate Mental Health Malaysia.

Terdapat sejumlah 512 belia membunuh diri tahun lalu, dengan 382 orang atau 74% adalah lelaki dan 141 perempuan.

Setiap kes bunuh diri melibatkan kos RM676,165 iaitu potensi pendapatan yang sepatutnya diperoleh kerajaan dalam bentuk cukai pendapatan, kata laporan yang ditulis bersama oleh Dr Chua Sook Ning, pengasas Relate Health Malaysia dan Vaisnavi Mogan, eksekutif penyelidikan kanan di Ideas.

Laporan itu juga mendapati bagi setiap kes bunuh diri, terdapat 20 percubaan bunuh diri lain.

Faktor penyumbang adalah umur, jantina, keadaan kesihatan mental, krisis interpersonal, etnik, pekerjaan dan liputan media.

Salah satu faktor penyumbang utama adalah ketidakupayaan remaja untuk menangani perubahan kritikal dalam kehidupan mereka.

Pada pelancaran laporan dan forum dalam talian hari ini, Adun Subang Jaya, Michelle Ng berkata belia mengalami banyak perubahan sama ada pertukaran dari sekolah rendah ke sekolah menengah atau dari sekolah menengah ke institusi pendidikan tinggi. – 19 Februari, 2021.

Berita penuh di sini


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen