SEORANG penduduk Gaza meninggal dunia semalam selepas cedera ditembak tentera Israel, ketika bantahan di sempadan berhubung pengiktirafan Baitulmaqdis sebagai ibu kota Israel, oleh Amerika Syarikat (AS).
Jamal Muslih, 20, yang menetap kem pelarian Al-Bureij di tengah Gaza, cedera parah terkena tembakan peluru hidup kelmarin, kata jurucakap Kementerian Kesihatan, Ashraf al-Qudra.
Beliau dikebumikan tengah hari semalam.
Kematian Muslih menjadikan angka kematian penduduk Palestin kepada 13 sejak pengumuman Presiden AS Donald Trump pada 6 Disember lalu.
Seramai 11 penunjuk perasaan terkorban selepas pertempuran dengan tentera Israel dan dua lagi maut dalam serangan udara rejim ke atas Gaza awal bulan ini.
Lebih 50 penduduk Palestin cedera dalam pertempuran kelmarin, di sempadan Gaza-Israel sebagai sebahagian “hari kemarahan” berhubung perisytiharan AS itu, yang didesak Hamas dan pergerakan pejuang Jihad Islam.
Di Tebing Barat, Kementerian Kesihatan Palestin berkata,sekurang-kurangnya 16 cedera apabila tentera Israel melepaskan tembakan peluru hidup, ketika demonstrasi manakala yang lain ditembak dengan peluru getah. – AFP, 31 Disember, 2017.
Komen