Peraturan 2 orang makan semeja tidak banyak membantu, kata persatuan


Khoo Gek San

Orang ramai masih bimbang dengan pandemik dan lebih senang memilih perkhidmatan bungkus dan penghantaran. – Gambar EPA, 17 Februari, 2021.

KEBENARAN makan di restoran kepada dua individu  bagi satu meja tidak banyak membantu perniagaan kerana ramai pelanggan tetap waspada dan masih memilih perkhidmatan bungkus, kata beberapa kumpulan makanan dan minuman.

Cuti Tahun Baru Cina membantu sedikit pemulihan kira-kira 15% perniagaan kedai kopi ketika peraturan baharu yang membenarkan makan di restoran bermula 10 Februari, kata Presiden Persatuan Umum Pemilik Kedai Kopi Malaysia Singapura (MSCSPGA) Ho Su Mong.

“Ini petanda baik, tetapi masih ada orang yang bimbang dengan pandemik. Jadi tidak ramai makan di restoran dan kebanyakan pelanggan masih lebih suka bungkus makanan,” kata Ho kepada The Malaysian Insight.

“Makan untuk dua orang bagi satu meja tidak banyak membantu perniagaan tetapi kami faham tidak boleh minta terlalu banyak kerana orang masih takut dengan virus.”

Kerajaan membenarkan semula makan di restoran yang berkuatkuasa pada 10 Februari di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semasa. 

Ia merupakan PKP kali kedua dilaksanakan sejak bermulanya wabak tahun lalu, bermula pada 14 Januari dan dijangka berakhir pada 4 Mac di Selangor, Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Johor.

Ho berkata walaupun mendapat kebenaran, beberapa restoran masih beroperasi untuk perhidmatan bungkus dan penghantaran sahaja, kerana mereka tidak mahu menghadapi kemungkinan pelanggan dijangkiti Covid-19.

“Mereka kemudian perlu membasmi kuman di premis dan berdepan akibat lain seperti menangguhkan operasi, yang keterlaluan untuk ditangani.”

Beliau berharap peraturan makan malam akan diubah segera untuk membolehkan lebih banyak orang - sekurang-kurangnya hingga empat individu untuk semeja - dengan penjarakan fizikal.

Sementara itu, restoran di Sarawak yang dibenarkan makan di restoran, masih mempunyai jumlah pelanggan yang sangat rendah, kata Presiden Persatuan Pedagang dan Restoran Bintulu Coffeeshop, Hung Yii.

“Tempat makan hampir sepi pada Tahun Baru Cina walaupun tanpa sekatan Covid-19; orang tidak mahu keluar.

“Walaupun jumlah jangkitan yang disahkan di Sarawak tidak begitu tinggi, dan hanya ada tiga hingga lima kes di beberapa kawasan, orang masih takut untuk keluar.”

Jurucakap Pengendali F&B Bersekutu Malaysia, Joshua Liew berkata prosedur operasi standard (SOP) yang longgar untuk makan malam hanya membantu sedikit meningkatkan perniagaan pada Tahun Baru Cina, kerana peraturan dua individu bagi satu meja bermaksud keluarga tidak dapat makan bersama.

“Perniagaan meningkat pada tahun baru tetapi tidak banyak, disebabkan peraturan hanya dua orang makan untuk satu meja.”

Liew menggesa pihak berkuasa mengkaji fakta dan sama ada terdapat banyak kes Covid-19 yang berpunca daripada makan di restoran.

“Kami berharap PKP tidak dilanjutkan dan lebih banyak orang dibenarkan makan di restoran, dengan SOP.”

Liew menambah banyak pemilik restoran bimbang kerajaan akan mengeluarkan sekali larangan makan di restoran.

Sementara itu, Ho mendesak Putrajaya untuk mencontohi Jepun dan Hong Kong dalam mewajibkan bantuan kepada industri makanan dan minuman.

Ho berkata di negara ini, ia dalam bentuk potongan sewa sehingga enam bulan.

“Memorandum sudah diserahkan untuk meminta bantuan serupa untuk pengurangan harga sewa sehingga kedai kopi dan restoran dapat meneruskan beroperasi,” katanya, sambil menambah restoran India dan Muslim bergabung dengan persatuannya bagi membuat rayuan kepada kerajaan. – 17 Februari, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen