DUA pengarah syarikat swasta ditahan kerana disyaki terlibat dalam mengemukakan tuntutan palsu kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) berkaitan tuntutan Program Subsidi Upah di bawah pakej Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana).
Menurut sumber, kedua-dua suspek iaitu seorang wanita berusia 39 tahun dan seorang lelaki berusia 64 tahun ditahan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor Cawangan Segamat pada 2 petang tadi bagi membantu siasatan.
Komen