Pendaki solo diharam jelajah gunung di Nepal termasuk Everest 


Puncak Everest yang menjadi kegilaan pendaki dari seluruh dunia meragut banyak nyawa. Puncak tertinggi di dunia itu menjadi tumpuan pendaki pada musim bunga dan musim luruh terutamanya ketika cuaca cerah. – Gambar EPA, 30 Disember, 2017.

KERAJAAN Nepal mengharamkan pendaki solo menjelajah gunung di negara itu termasuk di Everest sebagai langkah untuk mengurangkan kemalangan, menurut kenyataan rasmi pada Sabtu. 

Kabinet negara itu pada Khamis mengesahkan semakan kepada peraturan mendaki negara Himalaya, bagi mengharamkan pendaki solo ke gunung di negara itu - satu langkah pencegahan bagi menghadapi musim mendaki 2018. 

“Perubahan itu telah mengharamkan ekspedisi solo, yang dibenarkan sebelum ini,” kata setiausaha menteri kebudayaan, pelancongan dan penerbangan awam Maheshwor Neupane kepada AFP. 

Neupane berkata undang-undang itu digubal untuk menjadikan aktiviti mendaki lebih selamat dan mengurangkan angka kematian. 

Pendai berpengalaman dari Switzerand Ueli Steck terbunuh pada April tahun ini selepas tergelincir dan terjath dari jurang ketika mendaki secara solo di Gunung Nuptse, satu puncak di sebelah Everest. 

Pengharaman itu dijangka akan mencetuskan kemarahan pendaki solo, yang menikmati cabaran pendakian secara berseorangan.

Kabinet turut mengusulkan pengharaman kepada pendaki yang cacat dua anggota badan dan buta, walaupun Everest telah menarik pendaki dari pelbagai latar belakang untuk mengatasi kekurangan mereka dan mencapai sesuatu dalam hidup. 

Pendaki warga New Zealand Mark Inglis, yang kehilangan kedua-dua belahh kakinya akibat reput fros, merupakan orang cacat dua anggota badan yang pertama sampai ke puncak setinggi 8,848 meter pada 2006. 

Pendaki buta dari Amerika Erik Weihenmayer menawan Everest pada Mei 2001 dan menjadi satu-satunya individu cacat penglihatan yang sampai ke puncak tertinggi di tujuh benua itu. 

Ribuan pendaki akan membanjiri Nepal—yang mempunyai lapan daripada 14 puncak tertinggi di dunia melebihi 8,000 meter—pada setiap musim bunga dan musim luruh ketika cuaca cerah dan membolehkan aktiviti mendaki dijalankan. 

Hampir 450 pendaki, 190 daripadanya warga asing dan 259 warga Nepal, mencapai ke puncak Everest dari bahagian selatan Nepal tahun lalu. – AFP, 30 Disember, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen