Nilai RO Covid-19 naik sedikit, kata KP Kesihatan


Ragananthini Vethasalam

Melaka mempunyai nilai virus R0 tertinggi pada 1.09, diikuti Kedah dan Pulau Pinang, sebanyak 1.06. – Gambar fail The Malaysian Insight, 13 Februari, 2021.

KADAR kebolehjangkitan (RO) Covid-19 di Malaysia meningkat sedikit kepada 0.91 pada 12 Februari, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Ia adalah kenaikan sebanyak 0.03 mata peratusan berbanding 0.88 pada hari sebelumnya.

Nilai virus R0 tertinggi di Melaka pada 1.09, diikuti Kedah dan Pulau Pinang, sebanyak 1.06.

Negeri lain dengan kadar kebolehjangkitan lebih tinggi daripada 1 adalah Negeri Sembilan dan Johor, iaitu 1.01 dan 1.03.

Semua negeri lain melaporkan nilai R0 di bawah 1, dengan Perlis mencatatkan nilai terendah pada 0.63.

R0 atau “r naught” adalah ukuran jumlah jangkitan baharu yang berasal daripada satu kes.

Malaysia semalam mencatatkan 3,318 kes virus baharu, meneruskan kes harian sebanyak empat angka sejak November.

Seramai 17 meninggal dunia akibat jangkitan semalam, menjadikan angka kematian kepada 953 orang.

Jumlah kes berjumlah 258,306 dan 51,579 daripadanya dianggap aktif. – 13 Februari, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen