DUA kubur besar mengandungi puluhan mayat orang awam dan tentera Syria yang dibunuh oleh militan Islamic State (IS) dijumpai di barat wilayah Raqa, kata agensi berita negeri SANA pada Jumaat.
Semua mayat ditemui berdasarkan maklumat yang diberikan oleh penduduk berhampiran Wawi di sebelah barat wilayah, bersempadanan dengan Turki. Turut dikhabarkan, semuanya dibunuh.
Operasi mengenal pasti dijangka berlangsung beberapa hari “disebabkan kawasan luas tempat kubur besar itu, lapor SANA memetik sumber daripada pihak pertahanan awam Syria.
Ia tidak jelas bila mereka dibunuh, kata SANA.
Kumpulan IS, kini kehilangan hampir semua kawasan yang pernah ditawannya.
Ia dipertanggungjawabkan berhubung pelbagai kekejaman semasa pemerintahan keganasannya, termasuk hukuman mati dan pancung secara beramai-ramai.
Pada Disember 2014, sebanyak 230 mayat mereka yang dihukum mati oleh IS ditemui dalam sebuah kubur besar di wilayah timur Deir Ezzor.
Lebih 200 orang awam, termasuk wanita dan kanak-kanak, dibunuh oleh kumpulan itu pada Jun 2015 di bandar Kobane. – AFP, 30 Disember, 2017.
Komen