Guatemala tetap akan pindah kedutaan ke Baitulmaqdis


Tindakan AS dan Guatemala yang mahu memindahkan kedutaan mereka di Israel dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis menimbulkan kecaman dunia. – Gambar EPA, 30 Disember, 2017.

MENTERI luar Guatemala pada Jumaat, menegaskan yang rancangan Presiden Jimmy Morales untuk memindahkan kedutaan negara itu ke Baitulmaqdis tidak akan berubah, dan menggesa pengkritik supaya “menghormati” keputusan negara itu.

“Ia keputusan yang sudah dibuat…ia tidak akan diubah,” kata Sandra Jovel kepada wartawan pada majlis mengenang Perang Saudara Guatemala 1996.

“Kerajaan Guatemala sangat menghormati pendirian negara lain, dan kerana kami menghormati keputusan itu, kami percaya negara lain juga perlu menghormati keputusan diambil Guatemala,” katanya.

Ahad lalu, Morales tanpa dijangka mengumumkan pemindahan kedutaan dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis di media social, ketika Majlis Keselamatan PBB mengecam tindakan serupa diambil Amerika Syarikat.

Pengumuman itu menjadikan Guatemala adalah negara pertama mengikut langkah kontroversi AS.

Israel mendakwa Baitulmaqdis adalah ibu kota negaranya, Palestin pula menganggap timur Baitulmaqdis sebagai bakal ibu kota negara mereka.

Morales mempertahankan keputusan itu, mengatakan Israel adalah “sekutu” dan Guatemala “secara sejarahnya sudah lama pro-Israel.” – AFP,30 Disember, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen