Anjing gergasi iras Trump di pusat beli-belah China


Tugu anjing dengan “rambut” berwarna emas didandan kemas, kening tajam dan memakai skarf merah dengan jari telunjuk dinaikkan di sebuah pusat beli-belah di Taiyuan, China. – Gambar AFP, 29 Disember, 2017.

SEBUAH pusat beli-belah di utara China meletakkan satu tugu anjing yang besar, dengan iras mukanya seperti Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump, sempena kedatangan Tahun Anjing, pada 2018.

Anjing gergasi itu terletak di Taiyuan, di wilayah Shanxi. Ia mempunyai “rambut” berwarna emas didandan kemas, kening tajam dan memakai skarf merah dengan jari telunjuk dinaikkan, seperti stail Trump.

Trump lahir pada 1946, tahun anjing mengikut zodiak Cina, dikatakan sekadar banyak cakap saja – ciri yang turut dikongsi presiden sebelumnya iaitu George W. Bush dan Bill Clinton.

Mereka yang lahir pada Tahun Anjing, menurut astrologi Cina, suka berterus-terang dan sangat setia, selain mempunyai rasa keadilan yang kuat. Tetapi mereka juga mungkin degil dan mudah marah. – AFP, 29 Disember, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen