BEKAS bintang bola sepak AC Milan, George Weah dipilih sebagai presiden Liberia yang baharu selepas menewaskan pencabarnya naib presiden Joseph Boakai, dengan mudah dan jurang undi yang besar.
“Kepada semua warga Liberia, saya amat terasa emosi rakyat di seluruh negara ketika ini.
“Saya bersedia menggalas tanggungjawab besar sebagai pemimpin baharu. Perubahan sudah berlaku hari ini,” katanya dalam akaun Twitter.
Suruhanjaya Pilihan Raya Kebangsaan (NEC) berkata Weah menang selesa dengan meraih 61.5% undian yang sebelum ini ditangguhkan beberapa minggu selepas keputusan pusingan pertama dicabar Boakai melalui saluran perundangan.
Selepas 98.1% undi dikira, Boakai hanya mendapat sokongan 38.5%.
Weah bakal menggantikan Ellen Johnson Sirleaf yang berkuasa sejak 2006. – AFP, 29 Disember, 2017.
Komen