Kerajaan batal notis pengosongan kuarters 500 penjawat awam


Desmond Davidson

USAHA 500 penjawat awam yang diarahkan mengosongkan kuarters kerajaan selepas dipindahkan ke Putrajaya atau Kuala Lumpur berbaloi apabila berjaya membatalkan notis pengusiran yang diterima.

“Ini semua disebabkan oleh salah tafsiran peraturan kelayakan,” kata Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Azih Muda di Kuching ketika memberitahu mengenai pembatalan notis dan penarikan penalti yang dikenakan ke atas penjawat awam oleh kerajaan.

Pelbagai nilai penalti dikenakan daripada serendah RM20 hampir mencecah RM140,000.

Bahagian Pengurusan Harta (PMD) Jabatan Perdana Menteri mengeluarkan notis perintah terhadap mereka yang dipindahkan dari Putrajaya ke Kuala Lumpur untuk mengosongkan kuarters Putara kerana dianggap dipindahkan dari kawasan kerja mereka dan oleh itu tidak layak tinggal di sana.

Mereka yang bersara daripada perkhidmatan tetapi menunggu rumah baru siap di bawah Program Perumahan Awam 1Malaysia (PPA1M) di Putrajaya turut terbabit.

Cuepacs membawa kes berkenaan dan, pagi ini, menyuarakan isu itu kepada Ketua Setiausaha Negara Ali Hamsa pada satu mesyuarat di Putrajaya, kata Azih.

Azih berkata PMD salah menafsirkan 25km dari peraturan kelayakan tempat kerja mereka untuk mengusir kakitangan awam yang dipindahkan.

Beliau berkata peraturan ini hanya digunakan untuk mereka yang membeli rumah sendiri menggunakan pinjaman perumahan kerajaan.

“Ia sepatutnya digunakan kepada mereka yang memohon pinjaman perumahan, bukan kuarters,” katanya.

“Mereka masih berkelayakan (tinggal di kuarters) kerana masih berada dalam radius 40km (tempat kerja).

Cuepacs hari ini menggesa kerajaan menarik balik penalti dan notis.

Azih berkata apa yang mengecewakan adalah mereka terbabit tidak dimaklumkan terlebih dahulu, menyebabkan ada yang perlu membayar denda yang tinggi.

Notis pengusiran dan denda membuat mereka yang terbabit berasa tertekan.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana menyelesaikan masalah dengan cepat,” kata Azih sambil menambah Cuepacs sudah membuat rayuan terhadap penalti dan notis akan dibatalkan sebelum 1 Januari. –  29 Disember, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen