Penembak serang gereja di Kaherah, 9 mati


Penganut Kristian di Mesir membentuk 10% daripada 93 juta populasi negara itu. – Gambar AFP, 29 Disember, 2017.

SEORANG lelaki melepaskan tembakan secara rambang di sebuah gereja di selatan Kaherah hari ini, dan kemudian maut selepas ditembak polis.

Penyerang itu menembak di kawasan luar gereja, menyebabkan lima pengawal keselamatan tercedera, dan cuba merempuh masuk ke dalam bangunan ketika polis menembaknya.

Gambar mayat penembak terbabit diterbitkan di laman web akhbar Al-Ahram, menunjukkan seorang lelaki berjambang memakai jaket kalis peluru terbaring di atas jalan.

Sekutu kumpulan Islamic State (IS) di Mesir membunuh berdozen penganut Kristian menerusi pengeboman gereja dan tembakan rambang sepanjang tahun ini, dan mengugut untuk melakukan lebih banyak serangan terhadap kelompok minoriti di negara itu.

Penganut Kristian di Mesir membentuk 10% daripada 93 juta populasi negara itu. – AFP, 29 Disember, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen