China nafi tuduhan hantar minyak ke Korea Utara


Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan Washington mengenakan beberapa siri sekatan terhadap Korea Utara berhubung program nuklear dan senjatanya dalam tempoh beberapa bulan. – Gambar AFP, 29 Disember, 2017.

CHINA menolak tuduhan bahawa ia membantu Pyongyang yang dikenakan sekatan ekonomi, selepas Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mendakwa Beijing membenarkan pindahan minyak ke Korea Utara.

“Kena tangkap – sangat kecewa China benarkan minyak ke Korea Utara”, kata Trump di Twitter.

“Tidak akan ada penyelesaian mesra dalam masalah Korea Utara jika keadaan ini berterusan”.

Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan Washington mengenakan beberapa siri sekatan terhadap Korea Utara berhubung program nuklear dan senjatanya dalam tempoh beberapa bulan.

China dikatakan berkata tiada rekod menunjukkan kapal China ke pelabuhan Korea Utara sejak Ogos. – AFP, 29 Disember, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen