Restoran popular terbakar di Mumbai, 14 maut


Seramai 14 terbunuh dalam kejadian kebakaran di restoran popular di Mumbai awal hari ini ketika pengunjung sedang berparti di bahagian bumbung bangunan itu. – Gambar AFP, 29 Disember, 2017.

SEKURANG-KURANGNYA 14 terbunuh dalam kejadian kebakaran di restoran popular di Mumbai awal hari ini, kata polis, dalam satu bencana terkini yang membimbangkan berhubung keselamatan kebakaran di India.

Kebanyakan mangsa adalah wanita muda yang menyertai parti hari jadi di tingkat atas sekali restoran itu ketika kebakaran berlaku.

Doktor berkata semua mangsa maut akibat lemas terhidu asap tebal.

Media tempatan melaporkan siling runtuh di bangunan empat tingkat di ibu kota kewangan India itu, menyebabkan mangsa yang cuba melarikan diri terperangkap di dalamnya.

“Seramai 14 maut akibat cedera dan mangsa selebihnya dibenarkan keluar dari hospital,” kata jurucakap hospital.

Polis berkata mereka sedang menyiasat punca kebakaran, dan memfailkan kes awal terhadap pemilik restoran.

Pihak berkuasa berkata 11 mangsa ialah wanita. – AFP, 29 Disember, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen