Itali umum adakan pilihan raya pada 4 Mac depan


Perdana Menteri Paolo Gentiloni mengumumkan Itali bakal mengadakan pilihan raya umumnya pada 4 Mac tahun depan selepas Presiden Sergio Mattarella membubarkan Parlimen pada awal hari yang sama. – Gambar fail EPA, 29 Disember, 2017.

ITALI akan mengadakan pilihan raya umum pada 4 Mac, lapor agensi berita China Xinhua memetik kenyataan Kabinet Perdana Menteri Paolo Gentiloni pada Khamis.

Pengumuman itu dibuat selepas Presiden Itali Sergio Mattarella membubarkan Parlimen pada awal hari sama, sekali gus membuka jalan kepada kempen politik yang akan datang.

Langkah presiden itu secara rasmi menamatkan badan perundangan lima tahun yang bermula pada Mac 2013, selepas Gentiloni mengisytiharkan mandat politik kerajaannya sudah dipenuhi.

Kabinet itu turut memutuskan untuk menetapkan tarikh bagi perhimpunan pertama Parlimen akan datang pada 23 Mac, menurut kenyataan itu. – Bernama, 29 Disember, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen