Najib tuntut RM10 juta, permohonan maaf daripada Tommy Thomas


Najib Razak mahu bekas peguam negara Tommy Thomas mohon maaf susulan penerbitan memoir kontroversi My Story: Justice in the Wilderness. – Gambar fail The Malaysian Insight oleh, 2 Februari, 2021.

BEKAS perdana menteri Najib Razak menuntut RM10 juta dan permintaan maaf daripada bekas peguam negara Tommy Thomas kerana memfitnah beliau dalam memoir yang baru diterbitkan “My Story: Justice in the Wilderness”.

Peguam Najib, Muhammad Shafee Abdullah berkata bahawa mereka telah menghantar surat tuntutan kepada Tommy dan mengharapkan balasan pada hari Jumaat.

“Sekiranya kami tidak menerima balasan yang memuaskan daripada pihak anda pada hari Jumaat ini, kami akanmulakan prosiding undang-undang awal minggu depan,” kata Shafee dalam satu kenyataan.

Shafee berkata tindakan undang-undang diambil berdasarkan bab 42 memoir di bawah kapsyen “Altantuya” yang mana Thomas membuat tuduhan fitnah yang sangat serius terhadap Najib. 

Pada 2019, bekas inspektor Azolah Hadri dalam akuan bersumpah berkata Najib memainkan peranan dalam pembunuhan model warga Mongolia Altantuya Shaaribu dengan mengarahkannya.

Azilah yang kini sedang menunggu hukuman di Penjara Kajang, memohon semakan kehakiman terhadap sabitan Mahkamah Persekutuan pada 2015.

Turut disabitkan atas kesalahan sama adalah Koperal Sirul Azhar Umar. Sirul kemudian melarikan diri ke Australia sebelum keputusan didengar di mahkamah dan kini ditahan di Sydney.

Shafie berkata, kenyataan memfitnah yang diambil dalam keseluruhan bab ini dan dalam konteksnya, antara lain, telah menyanggah Najib yang mana ianya tidak benar sama sekali. – 2 Februari, 2021.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen