SEORANG lelaki berusia 21 tahun dan wanita berusia 19 tahun ditahan di Perancis minggu lepas kerana merancang melakukan serangan pengganas, kata sumber badan kehakiman pada Khamis.
Pasangan itu- yang tidak mempunyai hubungan- didakwa kerana konspirasi jenayah berkaitan dengan keganasan, kata sumber itu lagi.
Lelaki itu merancang menyerang tentera dan wanita itu merancang menyerang sebuah daerah di Perancis, menurut sumber yang mengetahui kes itu.
Kedua-duanya sangat “bersemangat” dan sudah mengenal pasti sasaran, tetapi perancangan itu masih tidak lengkap, menurut akhbar harian Le Figaro. Mereka berhubungan dengan pengganas Kumpulan Negara Islam Syria dan Iraq (IS) menerusi media sosial.
Lelaki itu ditahan berhampiran Lyon, dan wanita itu ditahan di Paris.
Perancis sentiasa menerima ancaman keganasan, serangan pengganas di negara itu sejak 2015 sudah menyebabkan 241 orang terbunuh. – AFP, 29 Disember, 2017.
Komen